Sunday, October 28, 2012

KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS

BIMILLAH WAL HAMDULILLAH...

Sebelum memori terpadam terus dari ingatan, sebelum kenangan yang paling bermakna dilupakan, sebelum pengalaman yang mengajar erti hidup lenyap, biarlah ada sedikit penghargaan tanda kesyukuran atas setiap nikmatNYA... alhamdulillah...



BERMULANYA di sini....

"terima kasih Pak Long" ucapku mengakhiri pertemuan atas pertolongan seorang insan yg punyai rasa kasih terhadap insan lain...


Dari mula perjalanan hingga tiba ke Jeti Pulau Langkawi, tak henti-henti Pak Long bercerita tentang dirinya, tentang Langkawi... tanpa segan membahasakan dirinya Pak Long yang dalam pada masa yang sama menganggapku seperti anaknya... barangkali fitrah kerinduan seorang ayah terhadap anaknya yang telah lama terpisah, tambahan lagi tinggal 2 hari menjelangnya Raya Aidilfitri... Setibanya di jeti, sempat lagi Pak Long tolong memakaikanku dengan beg galas yang berat tu. Sebak.... teringatkan kasih seorang ayah... Rasa seorang ayah yang merindui anaknya, rasa seorang anak yang sedang merindui ayahnya. Hebat percaturan Allah... kasih sayang Allah dilimpahkan dengan hanya merasa sudah cukup bagiku andai realiti tidak mampu dilalui... :)

Menunggu masa ketibaan feri pukul 5 petang bukanlah sesuatu yang mudah. Jam baru menunjukkan pukul 3 petang tiba di jeti. tambahan lagi, berseorangan... Mengantuk. Penat. Takut. Semuanya ada. Namun, tetap kugagahi dengan hanya berbekalkan keyakinan kepada Allah, yakin dengan kasih sayang Allah...

"May I follow u? because there was a dog. Im phobia with dog" terangku dalam "Oh My English" memang lintang pukang kepada sepasang couple Mat Salleh. 


Walau ape pun, janji selamat... Kasih sayang Allah tu kan luas... diberi pada makhlukNya jugak. walaupun  berlainan agama, bangsa, couple Mat Salleh tu dengan ramah menolongku. Bukan main jaga lagi setiap langkahku mengikut mereka supaya anjing tak kejar.. maklum la terlebih "Hormon Adrinalin"... Aduh, masalah betul... 

Begitulah setelah selamat menaiki feri ke jeti Kuala Perlis dari Pulau Langkawi selama hampir 1 jam. Kemudian tercari-cari pulak stesen bas Kuala Perlis. Maklum la kali pertama dan sorang-sorang kat tempat asing. Saje cari awal-awal padahal baru pukul 6.30 petang. Tiket ke KL sebenarnya pukul 9 malam....

"eh, dah dekat berbuka puasa ni...makanan xbeli lagi....nak makan ape ye?" ngomelku sendirian sambil berjalan mengheret beg yang berat.Termengah-mengah... Tiba-tiba nampak tulisan K.F.C... "hehehe..beli KFC" terasa hilang penat seketika. 

Selesai membeli... "nak berbuka kat mane plak ni? Segan plak nak makan sorang-sorang dalam KFC ni...hmm...haa...pegi masjid je la, boleh sembahyang maghrib dan isya' terus" bisikku dalam hati sambil teruskan perjalanan menuju ke MASJID AL-HUSSAIN. Dari jauh jelas kelihatan gahnya sebuah masjid yang cantik terbina di tepi laut. Terasa sejuk hati melihat rumah Allah yang begitu cantik dan menenangkan.



Jam menunjukkan 15 minit lagi waktu berbuka puasa... Menjadi rutin harian sepanjang bulan Ramadhan masjid tersebut akan mengadakan "iftar jam'ie" untuk sesiapa sahaja yang datang ke masjid tersebut. Begitulah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya, dikurnia rasa berkasih sayang sesama insan... tindakan hambaNya, mengeratkan ukhwah melalui majlis berbuka puasa secara beramai-ramai di masjid. 


Masih sempat mengambil gambar matahari terbenam di tepi masjid tersebut sementara menunggu waktu berbuka. Seperti seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keluarga, bermain-main, menunggu dengan penuh sabar bersendirian di tepi masjid yang indah itu. Jiwaku..... tenang di situ sambil menikmati keindahan ciptaan Allah... Laut, makhluk-makhluk di sekelilingnya, awan biru... Subhanallah...Surah AR-RAHMAN... "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 


     

di Masjid tersebut....

"Nak, mari lah berbuka puasa sama-sama" tegur seorang mak cik sambil melambai-lambai tangan mengajakku turut serta bersamanya... tersenyum... "rezeki, alhamdulillah.." bisik hatiku sambil membuntuti mak cik tersebut... :) Duduk bersama, bersama keluarganya yang lain, sambil tersipu-sipu malu.


"makanlah nak..Makan banyak-banyak sikit... Pi amek bubuk cacaq sane" tegur mak cik. 

"eh, xpe mak cik.. ni dah cukup" sambil tersenyum.

"pi hang amek bubuk cacak kat kakak ni" arah mak cik kepada cucunya. 
"anak ni dari mana nak ke mana? sekolah mana?" mak cik memulakan sesi perbualan. 

"saya dari Langkawi, nak balik KL. Baru habis praktikal kat Langkawi. Belajar kat Universiti Malaysia Terengganu" Jelasku.

 "ooh, asal KL?  Jauhnya belajaq kat Kuala Terengganu... Praktikal kat mana kat Langkawi?" Soal mak cik macam polis ingin tahu.

 "x, saya asal Terengganu, balik KL rumah kakak. Tiket ke Kula Terengganu habis. Jadi, balik rumah kakak dulu, pastu baru balik kampung dengan kakak sama-sama. Praktikal kat Maritim, bahagian kewangan" Terangku panjang lebar. 

"Bagus la na, ada kakak kat mana-mana. senang... haa, mai la datang rumah mak cik. rumah mak cik dekat ja. nu, ha... Kat simpang trafik light sana. Tanya orang-orang kat sana mesti tau.. sebut rumah Mak Cik Hasmah.Dah lama mak cik tinggai sini, sume orang kenai. Tiket bas pukul bapa? boleh la mai singgah rumak mak cik jap na?bukan senang orang jauh datang sini" sungguh rancak mak cik Hasmah bercerita. 

"tiket bas pukul 9 malam. rasanya dak gerak ke stesen bas pukul 8.30 malam. xsempat kot mak cik. Insyaallah, lain kali ye mak cik" tolakku dengan baik.

 "Haah... tak sempat la na, nak solat isya' lagi... haa.. jap lagi lepas solat maghrib hang jangan lupa makan nasi daging kambing. sedap... Nak jalan jauh, makan nasi sikit. Dah, jom solat maghrib, barang-barang simpan leklok, kat masjid ni pun ade je orang nak mencuri " Pelawa dan nasihat mak cik Hasmah. 

Sambil berjalan menuju ke bilk wudhu', mak cik Hasmah mendahului. terserempak mak cik Hasmah di luar bilik wudhu'.


"mak cik, boleh tolong pegangkan Al-Quran saya? saya nak ke tandas sekejap" pintaku.

 "haa, boleh, p cepat masuk tandas. lambat, dah nk solat maghrib dah ni, mak cik tunggu dalam na?" Mak cik Hasmah menyambut Al-Quranku sambil mencium kitab suci tersebut.

Selesai solat maghrib dan jama' takdim Isya'. Mak Cik Hasmah setia menunggu di sebelahku.


"eh, beg duit dan handpon hang letak mana?" soal Mak Cik Hasmah panik. 

"hahh??? hehe, terlupe.. letak belakang" jawabku tenang sembunyikan perasaan panik. padahal dalam hati ada ribut taufan bila teringatkan dompet dan handphoneku. 

"dah, siap cepat p amek dan makan nasi daging kambing. nanti xsempat nak naik bas" ajak Mak Cik Hasmah sambil melihatku melipat telekung.  "hang nama apa?" sambil manghulur Al-Quranku. Sebelum hulur, dikucupnya dulu. 

"Fatehah" jawabku ringkas, sambil mengulur tangan untuk bersalaman.

 "sedapnya nama hang. surah Al-Fatihah. maksud baik. sesuai, hang pun baik na" Mak Cik Hasmah menyambut salamku sambil memeluk dan menciumku, terasa penuh kasih sayang. Sebak saat itu. mataku dan mata mak cik Hasmah berkaca. 

"bila na kita boleh jumpa lagi. ntah panjang umur ntah tidak... dah,siap-siap cepat, nanti p makan" Mak Cik Hasmah berlalu meninggalkanku sendirian. sempat menolak pelawaan Mak Cik Hasmah untuk tidak makan. Jam menunjukkan 5 minit sebelum 8.30 malam. 

Keluar dari pintu masjid, sambil menggalas beg...


 "nah, amek ni makan dalam bas. cepat jalan, nanti terlepas bas" hulur sebuah bekas tertutup berisi nasi dan daging kambing. ku terima pemberian seorang insan yang dalam dirinya penuh rasa kasih terhadap saudaranya sambil bersalaman, berpelukan. dihadiahkan lagi ciuman kasih seorang insan terhadap saudaranya lagi. 

"nanti, kalau datang lagi sini hang jangan lupa cari mak cik. p rumah mak cik, tanya orang-orang dekat sini, rumah mak cik Hasmah, dekat simpang trafik light sana na.." Pelawa mak cik Hasmah lagi. 

"insyaallah, terima kasih banyak-banyak mak cik. jaga diri baik-baik ye mak cik" Jawabku ringkas, sambil meneruskan perjalananku bimbang ditinggal bas.
Insyaallah, insan bernama "HASMAH" xkan mudah dilupa. penuh makna.

Akhirnya selamat tiba di KL dan pulang beraya bersama kakak ke Terengganu dengan selamat. gembira bertemu keluarga tercinta untuk berhari raya. Alhamdulillah...


Peristiwa, pengalaman yang xdapat dilupakan. penuh dengan 1001 satu hikmahnya. berjalan di muka bumi ni xkan pernah bersendirian selagi kita sentiasa membawa hati yang berbekalkan keyakinan terhadap Allah. yakin, walau di mana sahaja berada, kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. walauun bukan secara terus dariNYA, tetap jelas terasa melalui kasih sayang dari makhluk-makhlukNYA... SUNGGUH... KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS...

Friday, June 1, 2012

Kuatlah duhai HATI...


Jom sama-sama hayati video ini.. Semoga kita sedar siapa kita...





         Sesungguhnya seluruh tubuh badan kita milik Allah... Malah segala apa yang di bumi, alam cakerawala, segala-galanya hak Allah... Apatah lagi setiap ujian, setiap kesedihan, setiap kegembiraan, setiap kejayaan, setiap rasa yang kita rasa sudah tentu Allah berhak atas semuanya. Hak kita hanyalah perlu yakin dengan apa yang kita hadapi. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang Allah tentukan buat kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui, maha Segala-galanya... Janganlah hanya kerana ujian yang sedikit itu buat kita berdukacita, buat kita sedih berpanjangan, buat kita lupa nikmat-nkimat dariNYA yang diberi dengan penuh kasih sayang kepada kita jika nak dibandingkan dengan kasih kita kepadaNYA... Allah... ampunkan dosa hambaMu yang kurang sifat syukur ini... KUATKANLAH HATI hamba-hambaMu ini dikala ujianMu terlalu tinggi tahapnya kerana kasihMu yang berpanjangan itu terhadap hambaMU ini... 



~ ALLAH SENTIASA SAYANG KITA ~  :) 

Monday, March 5, 2012

~1001 HiKMAHNYA~


~DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~

Apakah itu 1001 HikmahNya???

Begini wahai sahabat sekalian.......


Dalam jaga kadang kita lena... bangkit la.... kerana...... :



"Kadangkala kita berDOA untuk KUAT, tetapi banyak DUGAAN... 
Diminta keCERDIKan, tetapi MASALAH pula timbul... 
Adakalanya kita minta KEBAHAGIAAN, tetapi HURU HARA jadinya..."

"Sebenarnya DUGAAN menjadikan MENTAL kita KUAT...
 MASALAH itu lah yang membuatkan kita berFIKIR...
HURU HARA pula menjadikan kita TABAH... 
HEBAT tak ALLAH???... 
Semuanya punya HIKMAH..."


Kalaulah manusia menghayati hadis ni : 

Telah berkata Jibrail; " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu..."
Maka Allah menjawab; "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya..."
-RIWAYAT ANAS BIN MALIK-


Betapa hidup ini penuh dengan HikmahNya... ujian dariNya juga merupakan nikmat, yang terkandung disebaliknya Hikmah... Betapa banyaknya nikmat yg dikurniakanNya untuk kita, tapi sejauh mana kesyukuran kita kepadaNya... SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR!!! ujian itu satu nikmat, ujian itu satu HIKMAH...


"Maka yang mana satu di antara

 nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang

 kamu hendak dustakan?"

(SURAH AR-RAHMAN)



Wednesday, February 8, 2012

YA RASULULLAH....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ya Rasulullah

Engkau ingin berjumpa dengan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau rindukan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau dambakan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Duhai Rasulullah

Engkau ingin bertemu dengan mereka yang tidak pernah engkau jumpai

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucap selawat bagimu

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau ingin datang memeluk mereka bagi memuaskan kerinduanmu

Kamikah yang engkau rindukan itu, Ya Rasulullah?

Engkau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan selawat

Dengarlah selawat kami bagimu, Ya Rasulullah

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Maka hadirlah engkau dalam jiwa kami,

dalam mimpi-mimpi kami

Masih kami ingat sabdamu,

"barangsiapa datang kepadaku, aku akan meemberinya syafaat di Hari Kiamat"

Labbaika Ya Rasulullah, kami datang

Maka, wahai yang mulia di sisi Allah,

Berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah

(PETIKAN DARI BUKU USWATUN HASANAH-HADDAD ALWI)

~Ummati, ummati, ummati = syukran Ya Rasulullah~

Jom hayati video ni... 












Ya Rasulullah.... Benar-benar rindukah kita pada baginda??? atau hanya pemanis bicara tetapi ibarat menelan ubat di hati...? Astaghfirullah... YA ALLAh,Bantulah hambamu ini untuk terus kasih kepada kekasihMU... Aku rindu padamu Ya Rasulullah...Peliharalah hati kami ini ya Allah untuk terus taat pada segala perintahMU dan ikuti segala sunnah kekasihMu... ALLAHUAKBAR!!!






NIKMAT UMAT NABI MUHAMMAD SAW


Assalamualaikum wbt... sungguh lama blog ni tak terupdate... rasanya ni la post pertama selepas masuk tahun baru... harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012...paling special sekali kita baru beberapa hari telah menyambut hari kelahiran junjungan besar kita, kekasih Allah yang paling mulia Nabi Muhammad SAW... subhanallah... syukur masih diberi nafas dan kesempatan untuk merasa nikmat iman & Islam. dan sepatutnya kita x harus lupa ialah nikmat sebagai umat Nabi Muhammad SAW... betapa beruntungnya kita menjadi umat Muhammad... kenapa ye???

Ingin ku kongsikan, dipetik dari sebuah buku:


USWATUN HASANAH - HADDAD ALWI

Wahab bin Munabbih mengisahkan ketika Nabi Musa membaca kandungan ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW.

         Beliau berkata, "Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam ayat-ayat ini?"

          Maka Allah menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad SAW. Mereka rela dengan sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan kesaksian la ilaha illallah!"

           Nabi Musa kembali mengadu kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

           Lalu Allah SWT menegaskan, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW. Aku bangkitkan mereka itu pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka."

           Lalu Nabi Musa kembali berkata, "Aku dapati dalam ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali sehari semalam, puasa di Bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan haji ke Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan mencegah 
perbuatan mungkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga terbukalah 
pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

            Allah SWT lalu berkata, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW"

Tidak hanya itu, Nabi Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau sudah anugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad Muhammad ) beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad SAW!"

Maka Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Araf;144

***

Begitu lah kisahnya betapa kita perlu, mesti, wajib BERSYUKUR menjadi umat Nabi Muhammad SAW... betapa beruntungnya kita sebagai umat Muhammad SAW sehingga Nabi Musa ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi Musa sudah pun dijamin masuk syurga dan banyak lagi kelebihan Nabi Musa berbanding kita yang hanya insan biasa tapi bezanya kita adalah umat Nabi Muhammad SAW...
Subhanallah... segalanya penuh HIKMAH...

***




      Suatu hari, ketika duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasulullah berkata sambil memegang janggutnya, "Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku."

     Para sahabat bertanya, "Bukankah kami ini saudara-saudaramu, Ya Rasulullah?"

     "kalian sahabat-sahabatku, dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merindukan saudara-saudaraku."

     "Siapa mereka, Ya Rasulullah?"

     Air mata Rasulullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, "Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka"
***

Betapa rindunya baginda terhadap kita... bagaimana rindu kita??? gosok dada, istighfar, tanyalah iman kita... Bila difikirkan balik, betapa beruntungnya kita jika dilahirkan pada zaman baginda, dapat bertemu baginda... tapi, segalanya penuh HIKMAH walau kita dilahirkan pada zaman ini, kerana cinta baginda tetap ada untuk kita... Subhanallah.. Allahuakbar!!!


~SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H~





Wednesday, October 26, 2011

IMPIANKU IDAMAN SEMUA???

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Kali ni kupas pula tajuk IMPIAN... Kongsi2 impian pula ye...
Apakah yang terlintas di minda apabila terpandang / terdengar perkataan IMPIAN??? Begitulah fitrah manusia yang punyai sebuah IMPIAN dan inginkan  IMPIAN, ANGAN2, KEHENDAK dan lain2 perkataan yang sesuai menjadi kenyataan bukan? Sehinggakan setiap impian itu akan disusuli dengn doa yg dipohon oleh seorang hamba kepada Tuhannya supaya dimakbulkan... Benarlah kehidupan manusia ni penuh dengan IMPIAN... IMPIAN BESAR... Ape IMPIAN yg ingin dikongsi di sini ye? adakah sama dengan sahabat2 semua? Betul ke tajuk ni...? Jom hayati... :)



Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila hamba2-ku bertanya kepadamu tentang-ku,sesungguhnya Aku dekat,Aku menyahut doa orang yg berdoa,tatkala dia berdoa kepada-ku,jesteru sahutlah seruan-ku"
( Surah Al-Baqarah ayat 186 )


Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Tiada seorang yang memohon kepada Allah dengan satu doa melainkan dimakbulkan untuknya, sama ada disegerakan permohonannya itu di dunia, dan sama ada disimpan permohonannya itu di akhirat, dan sama ada diampunkan dia dari dosa-dosanya dengan kadar yang dipohonkan, selagi dia tidak memohon perkara dosa atau memutus silaturrahim atau tergesa-gesa (untuk dimakbulkan doanya).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana tergesa-gesa itu? Baginda bersabda: “Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku namun Dia tidak memakbulkan untukku.”
                               (Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:
Maksudnya:
“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi) 





Inilah IMPIANku... Sebuah impian yang mungkin pernah terlintas di fikiran sahabat2... Bayangkan jika sahabat2 telah pun berada di sini, bagaikan tidak percaya bukan? Hanya insan terpilih sahaja yang layak menjejakkan kaki ke sini tidak kira walau keadaan apa sekalipun mereka di sini... Tentunya mereka insan terpilih yang diberi peluang oleh Allah... Bersyukurlah bagi yang telah merasai suasana ini. Indahkan IMPIAN ni...???  Sentiasa mengharapkan IMPIAN ini suatu hari nanti dimakbulkan untuk menziarahi rumah Allah yang hebat ini bersama UMMI ku yang tersayang kerana bagiku di sinilah bermulanya ketenangan dan terasa lebih dekat dengan Tuhanku dan Rasulku... Sudah pastinya, teringin benar menjejakkan kaki di sini untuk memohon lebih banyak IMPIANku yang lain2 supaya setiap perjalanan hidupku penuh dengan barakah dariNYA, kerana di tempat mulia inilah setiap doa akan termakbul...INSYAALLAH...bukan maksudku doa di tempat lainnya tidak makbul, tapi bila berada di tempat mulia,penuh barakah, sudah pastinya termakbul setiap doa itu... Saat melihat suasana ini yang  hanya di bayangan kaca TV, tertanya2 kepada diriku adakah sempat untuk ku merasa SYURGA DUNIA ini??? melonjak2 hatiku untuk ke sana saat itu dengan hanya satu kerdipan mata..tapi mustahil itu akan berlaku... Hanya IMPIAN yang diiringi doa sahaja adalah kemampuanku saat ini... Subhanallah, syukur, Alhamdulillah dikurniakan rasa sebegini... Semoga IMPIANku, IMPIANmu dan IMPIAN kita semua dimakbulkan oleh Allah suatu masa nanti Insyaallah...Jangan putus harap untuk sentiasa memohon dan terus memohon, berdoa dan terus berdoa sesungguhnya Allah amat kasih kepada hambanya yang sentiasa meminta hanya kepadaNYa dan dingatkan kepada sahabat2 jangan sesekali kita bersangka buruk kepadaNYA... Saya yakin dan pasti akan tiba saat ini melainkan hanya kematian itu sahaja yang menjadikan IMPIANku di dunia ini terhenti... "Janji Allah itu pasti.." Begitulah jika dihayati Manisnya Iman, Indahnya Islam, Lillah Taala..

Wednesday, October 19, 2011

KENAPE SYOKNYA BERBISNESS???

 "Betul ke bisness a.k.a perniagaan ni best? syok? sebab ape ye??? itu lah, seribu satu makna sebab perniagaan itu salah satu sunnah Rasulullah... ye ke??? jom hayati sirah Rasulullah dalam berbisness..." :

RASULULLAH & DUNIA PERNIAGAAN


       Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang ahli pernigaan yang berjaya. Baginda Rasulullah SAW pernah ditanya: “Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?”. Maka baginda menjawab: “Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat).

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab telah pun muncul sebagai golongan pedagang yang berkemahiran dan menguasai jalan perdagangan dunia seperti Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

     Selepas kedatangan Islam, Mekah menjadi pusat ibadat yang terpenting di semenanjung Arab dan orang Arab mengambil peluang ini untuk menjalankan perdagangan ketika musim haji.

      Keamanan dan keselamatan sebagai pusat ibadat juga tekah menarik pedagang lain untuk berniaga di situ. Ini sekali gus menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan.
Kaum Quraisy (bangsawan) merupakan kabilah yang paling terhormat di Mekah dan maju dalam pernigaan. Rasulullah datang dari Bani Hashim kaum Quraisydan telah dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya yang merupakan saudagar Arab yang kaya. Baginda telah dibawa berniaga pada ketika berusia 12 tahun. Di usia semuda itu baginda telah menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup menghadapi cabaran dalam pernigaan.

     Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan samadasecara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau secara berseorangan. Keuntungan selalu menyebelahi baginda apabila baginda menjalankan pernigaan kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat amanah, sabar dan jujur(al-amin).  Kelebihan baginda ini mempetemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Muamalat atau perniagaan diiktiraf oleh Islam sebagai satu bidang penting dalam kehidupan manusia. Rasulullah sendiri telah menunjukkan teladan yang terbaik dalam bidang pernigaan. Baginda bersabda “90% kekayaan dunia berada dalam dunia pernigaan”.

Konsep perniagaan menurut Islam:
  •        Fitrah manusia mencari harta
  •        Perniagaan adalah aktiviti mulia di sisi islam-ibadat
  •        Dapat membantu individu, masyarakat dan Negara
  •        Islam menyokong berjual beli. 

Rasulullah SAW bersabda,”Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada.”                                                                (HR TIRMIZI)

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”                                  
                                                                                (An-Nisa’;29)

“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu” 
                                                             (Al-Baqarah;19)
          
      [dipetik daripada buku TEORI DAN AMALAN PERNIAGAAN ISLAM]




Islam itu bersifat syumul...Syumul itu termasuklah dalam kategori ekonomi... perniagaan itu sebahagian dari ekonomi... Waa, bagusnya... SYOK! Sedang dalam proses berjinak-jinak dalam dunia perniagaan...tak kira perniagaan ape pun, kecil-kecilan pun cukup la walaupun jual goreng pisang, pun dah kira ok...Tapi kalau ade peluang perniagaan yang lebih baik, tak salah kalau mencubanya...yang penting sekali niat  ikut sunnah baginda, pasti terasa HEBAT...segalanya punya seribu satu makna... subhanallah... permudahkan urusanku dalam laksana sesuatu demi menggapai manisnya iman untuk rasa indahnya Islam, lillah Taala... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...