Sunday, December 30, 2012

Impian dulu, kini Kenangan Terindah -SYURGA DUNIA-

*pastikan anda mengikuti cerita di link  ini terlebih dahulu... :) http://yuliunajmun.blogspot.com/2011/10/impianku-idaman-semua.html

...BISMILLAH WALHAMDULILLAH...


Tanggal 04 April 2012...
Bersama seorang insan yang disayangi...
Bermula pengalaman baru buat diri ini...
Pengalaman yang selama ini yang selalu diharapkan dalam setiap bisikan doa, kini menjadi pengalaman yang nyata...
Walaupun hanya berpeluang ke sana 2 minggu, sudah cukup kerana itulah rezeki yang ditetapkan untukku...

Alhamdulillah, air mata syukur bergenang tanpa kata...
Mata meratah sekeliling tempat yang menakjubkan...
Hidung sedaya upaya menghirup udara di tempat mulia...

Bersyukur ke hadrat ILAHI atas nikmat yang diberikan...
Diberi peluang olehNYA untuk menjejaki kaki di tempat suci yang hanya orang2 tertentu yang dipilih dan dijemputNYA adalah satu NIKMAT yang terindah... ALLAH... ALHAMDULILLAH...


######



3 Hari di Madinah Munawwarah...
Ditempatkan di Hotel yang sangat selesa untuk semua jemaah Tabung Haji, bersebelahan dengan Masjid Nabawi...
Sebilik bersama Ummi tercinta dan dua jemaah Umrah yang lain... ( Opah dari Negeri Sembilan dan Mak Cik Nong dari K. Terengganu )
Semua tetamu Allah baik-baik belaka... Alhamdulillah...
Rutin selama tiga hari di Madinah solat 5 waktu di Masjid Nabi...



Terlihat tiang beserta payung yang boleh kembang apabila waktu panas dan mengucup apabila malam sungguh terpegun, kerana tiada di Malaysia...
Masjid Nabawi sungguh cantik...
Ukiran di dalamnya beserat lampu yang meriah terasa aman menunaikan ibadah walaupun tempat sujud yang padat, silih berganti tempat sujud antara satu sama lain...
Air zam-zam bergeleng2 disediakan...ade yang sejuk, ada yang biasa...
Subhanallah, nikmat sungguh...
Dalam tempoh 3 hari di Madinah, diberi kesempatan menziarahi Baitul Raudhah..
Walau berasak2, Alhamdulillah, rezeki dapat menunaikan solat sunat di barisan hadapan...
Sujud Syukur padaNYA...
Rezeki menziarahi Gua Uhud, Kubur Baqi', Masjid Quba', Pasar Kurma...

#####

Sabtu; selepas solat Zohor semua Jemaah bersiap2 utk bertolak ke Mekah...
Perjalanan dari Madinah ke Mekah yang memakan masa 5 jam lebih di dalam bas, menguji kesabaran...
Niat Umrah di Miqat dalam perjalanan ke Mekah ketika singgah di Banazir Ali...
Perjalanan diteruskan dalam keadaan diri masing-masing ketika itu dalam ihram...
Hati berdebar2 dan berjaga2 risau melanggar hukum2 Ihram akan dibayar dam...
Lagi berdebar2 dan takut serta risau...
Hati gundah kerana masih terfikir, layakkah diri ini memasuki tanah haram sedangkan masih banyak dosa yang dilakukan...
Memasuki Tanah haram...
Allah Maha mengetahui...
Setiap yang terdetik di hati Dia Maha Mendengar...
Dalam pekat malam yang masih dalam perjalanan ke Mekah, sambil duduk membatu di tepi tingkap bas, air mata takut membasahi pipi...
Takut lebih diuji, takut dosa2 yg dilakukan dibalas di tanah haram, takut tak mampu hadapi semua...
Saat itu, hati meronta2 ingin pulang dek kerana TAKUT...
Akal mengawal segalanya...
Takut macam mana sekalipun, hanya kepada Allah lah tempat kembali...
Diserahkan diri ini padaNYA, semoga ada ketenangan di situ....
Hati ini sentiasa momohon padaNya, agar diberi jalan keluar, sambil terus mencari sesuatu di luar tingkap bas...
Tiba2 terpandang langit, yang sungguh cantik...
Langit yang gelap dihiasi bintang2, bulan penuh kelihatan sungguh indah dan terang...
Lebih2 lagi sangat menakjubkan apabila dalam keadaan sedih itu, terlihat awan yang membentuk hati berhampiran bulan...
Kelihatan amat tenang dan yakin, kedatanganku adalah untuk sujud padaMU...  ALLAH....


#####

Tiba di Mekah pukul 10 malam...
Terus laksanakan umrah...
Menakjubkan...
Bagai tidak percaya, yang selama ini sebuah kotak hitam yang mampu dipandang pada sejadah, pada gambar2 yang ada pada dinding di sesetengah rumah, di dalam TV dan lain2, kini  berada betul2 di hadapan...Allah...
Kotak hitam, bukan kotak hitam sembarangan...
Kotak hitam yang penuh barakah, yang mampu menjadikan umat Islam seluruh dunia sujud menghadapnya...
Atas kotak hitam itulah juga letakNYA Arash ALLAH... Subhanallah....
Itulah KAABAH...
Alhamdulillah, selesai umrah pertama pada malam itu jugak...
Subuh keesokkan, rezeki untuk solat betul2 di hadapan Kaabah di kawasan tawaf dan dapat selesaikan tawaf sunat...
Hari2 berikutnya selama 10 hari di Masjidil Haram merupakan suatu yang indah dalam hidup...
Rezeki di sana sangat luas...
Sepanjang di Mekah, rezeki untuk ziarah tempat2 bersejarah dalam Islam... Alhamdulillah...
Dalam perjalanan untuk niat di Miqat di Masjid Hudaibiyah, kami dibawa melawat Masjid Qiblatain, ladang unta, Jabbar Nur, Jabbar Rahmah...
Jabbar Nur tempat pertama Nabi Muhammad menerima wahyu di gua Hira'... 
Jabbar Rahmah tempat pertemuan Nabi Adam & Hawa di dunia...
Ternyata benar, Tanah Haram itu setenang2 dan seaman2 tempat...
Tiada perasaan takut hanya rasa bahagia, terasa dekat denganNYA...
Jika tiada tanggungjawab lain di Malysia, ingin saja berdoa untuk terus tinggal di sana... 

#####



Setelah selesai tawaf wida', tibalah hari untuk pulang ke Malaysia dan meninggalkan tempat yang terindah di muka bumi ini, tempat yang penuh rahmat, tempat yang paling mulia, tempat yang paling dekat dengan Tuhan kita, tempat asalnya Rasulullah...
Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan urusan sepanjang di sana...
Hanya Allah sahaja yang tahu, betapa beruntungnya bagi sesiapa yang dijemputNya ke sana...
Nikmat terindahku... dahulu hanya impian dalam setiap bisikan doaku, kini kenangan terindah dalam hatiku.... ALLAH.....
Semoga dijemput lagi ke sana... Insyaallah... lebih lama lagi, jika itulah rezeki yang ditetapkan...

#####



"Maka yang mana satu di antara

 nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang

 kamu hendak dustakan?"

(SURAH AR-RAHMAN)



~ SELAMAT BERIMPIAN KE MAKKAH DI WAKTU MUDA... SEMOGA ALLAH DENGAR, ALLAH MAKBUL, ALLAH SAYANG.... HANYA ALLAH YANG MENGETAHUI... HANYA KEPADA ALLLAH SEBAIK-BAIK TEMPAT BERGANTUNG & TEMPAT MEMINTA~



Sunday, October 28, 2012

KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS

BIMILLAH WAL HAMDULILLAH...

Sebelum memori terpadam terus dari ingatan, sebelum kenangan yang paling bermakna dilupakan, sebelum pengalaman yang mengajar erti hidup lenyap, biarlah ada sedikit penghargaan tanda kesyukuran atas setiap nikmatNYA... alhamdulillah...



BERMULANYA di sini....

"terima kasih Pak Long" ucapku mengakhiri pertemuan atas pertolongan seorang insan yg punyai rasa kasih terhadap insan lain...


Dari mula perjalanan hingga tiba ke Jeti Pulau Langkawi, tak henti-henti Pak Long bercerita tentang dirinya, tentang Langkawi... tanpa segan membahasakan dirinya Pak Long yang dalam pada masa yang sama menganggapku seperti anaknya... barangkali fitrah kerinduan seorang ayah terhadap anaknya yang telah lama terpisah, tambahan lagi tinggal 2 hari menjelangnya Raya Aidilfitri... Setibanya di jeti, sempat lagi Pak Long tolong memakaikanku dengan beg galas yang berat tu. Sebak.... teringatkan kasih seorang ayah... Rasa seorang ayah yang merindui anaknya, rasa seorang anak yang sedang merindui ayahnya. Hebat percaturan Allah... kasih sayang Allah dilimpahkan dengan hanya merasa sudah cukup bagiku andai realiti tidak mampu dilalui... :)

Menunggu masa ketibaan feri pukul 5 petang bukanlah sesuatu yang mudah. Jam baru menunjukkan pukul 3 petang tiba di jeti. tambahan lagi, berseorangan... Mengantuk. Penat. Takut. Semuanya ada. Namun, tetap kugagahi dengan hanya berbekalkan keyakinan kepada Allah, yakin dengan kasih sayang Allah...

"May I follow u? because there was a dog. Im phobia with dog" terangku dalam "Oh My English" memang lintang pukang kepada sepasang couple Mat Salleh. 


Walau ape pun, janji selamat... Kasih sayang Allah tu kan luas... diberi pada makhlukNya jugak. walaupun  berlainan agama, bangsa, couple Mat Salleh tu dengan ramah menolongku. Bukan main jaga lagi setiap langkahku mengikut mereka supaya anjing tak kejar.. maklum la terlebih "Hormon Adrinalin"... Aduh, masalah betul... 

Begitulah setelah selamat menaiki feri ke jeti Kuala Perlis dari Pulau Langkawi selama hampir 1 jam. Kemudian tercari-cari pulak stesen bas Kuala Perlis. Maklum la kali pertama dan sorang-sorang kat tempat asing. Saje cari awal-awal padahal baru pukul 6.30 petang. Tiket ke KL sebenarnya pukul 9 malam....

"eh, dah dekat berbuka puasa ni...makanan xbeli lagi....nak makan ape ye?" ngomelku sendirian sambil berjalan mengheret beg yang berat.Termengah-mengah... Tiba-tiba nampak tulisan K.F.C... "hehehe..beli KFC" terasa hilang penat seketika. 

Selesai membeli... "nak berbuka kat mane plak ni? Segan plak nak makan sorang-sorang dalam KFC ni...hmm...haa...pegi masjid je la, boleh sembahyang maghrib dan isya' terus" bisikku dalam hati sambil teruskan perjalanan menuju ke MASJID AL-HUSSAIN. Dari jauh jelas kelihatan gahnya sebuah masjid yang cantik terbina di tepi laut. Terasa sejuk hati melihat rumah Allah yang begitu cantik dan menenangkan.



Jam menunjukkan 15 minit lagi waktu berbuka puasa... Menjadi rutin harian sepanjang bulan Ramadhan masjid tersebut akan mengadakan "iftar jam'ie" untuk sesiapa sahaja yang datang ke masjid tersebut. Begitulah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya, dikurnia rasa berkasih sayang sesama insan... tindakan hambaNya, mengeratkan ukhwah melalui majlis berbuka puasa secara beramai-ramai di masjid. 


Masih sempat mengambil gambar matahari terbenam di tepi masjid tersebut sementara menunggu waktu berbuka. Seperti seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keluarga, bermain-main, menunggu dengan penuh sabar bersendirian di tepi masjid yang indah itu. Jiwaku..... tenang di situ sambil menikmati keindahan ciptaan Allah... Laut, makhluk-makhluk di sekelilingnya, awan biru... Subhanallah...Surah AR-RAHMAN... "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 


     

di Masjid tersebut....

"Nak, mari lah berbuka puasa sama-sama" tegur seorang mak cik sambil melambai-lambai tangan mengajakku turut serta bersamanya... tersenyum... "rezeki, alhamdulillah.." bisik hatiku sambil membuntuti mak cik tersebut... :) Duduk bersama, bersama keluarganya yang lain, sambil tersipu-sipu malu.


"makanlah nak..Makan banyak-banyak sikit... Pi amek bubuk cacaq sane" tegur mak cik. 

"eh, xpe mak cik.. ni dah cukup" sambil tersenyum.

"pi hang amek bubuk cacak kat kakak ni" arah mak cik kepada cucunya. 
"anak ni dari mana nak ke mana? sekolah mana?" mak cik memulakan sesi perbualan. 

"saya dari Langkawi, nak balik KL. Baru habis praktikal kat Langkawi. Belajar kat Universiti Malaysia Terengganu" Jelasku.

 "ooh, asal KL?  Jauhnya belajaq kat Kuala Terengganu... Praktikal kat mana kat Langkawi?" Soal mak cik macam polis ingin tahu.

 "x, saya asal Terengganu, balik KL rumah kakak. Tiket ke Kula Terengganu habis. Jadi, balik rumah kakak dulu, pastu baru balik kampung dengan kakak sama-sama. Praktikal kat Maritim, bahagian kewangan" Terangku panjang lebar. 

"Bagus la na, ada kakak kat mana-mana. senang... haa, mai la datang rumah mak cik. rumah mak cik dekat ja. nu, ha... Kat simpang trafik light sana. Tanya orang-orang kat sana mesti tau.. sebut rumah Mak Cik Hasmah.Dah lama mak cik tinggai sini, sume orang kenai. Tiket bas pukul bapa? boleh la mai singgah rumak mak cik jap na?bukan senang orang jauh datang sini" sungguh rancak mak cik Hasmah bercerita. 

"tiket bas pukul 9 malam. rasanya dak gerak ke stesen bas pukul 8.30 malam. xsempat kot mak cik. Insyaallah, lain kali ye mak cik" tolakku dengan baik.

 "Haah... tak sempat la na, nak solat isya' lagi... haa.. jap lagi lepas solat maghrib hang jangan lupa makan nasi daging kambing. sedap... Nak jalan jauh, makan nasi sikit. Dah, jom solat maghrib, barang-barang simpan leklok, kat masjid ni pun ade je orang nak mencuri " Pelawa dan nasihat mak cik Hasmah. 

Sambil berjalan menuju ke bilk wudhu', mak cik Hasmah mendahului. terserempak mak cik Hasmah di luar bilik wudhu'.


"mak cik, boleh tolong pegangkan Al-Quran saya? saya nak ke tandas sekejap" pintaku.

 "haa, boleh, p cepat masuk tandas. lambat, dah nk solat maghrib dah ni, mak cik tunggu dalam na?" Mak cik Hasmah menyambut Al-Quranku sambil mencium kitab suci tersebut.

Selesai solat maghrib dan jama' takdim Isya'. Mak Cik Hasmah setia menunggu di sebelahku.


"eh, beg duit dan handpon hang letak mana?" soal Mak Cik Hasmah panik. 

"hahh??? hehe, terlupe.. letak belakang" jawabku tenang sembunyikan perasaan panik. padahal dalam hati ada ribut taufan bila teringatkan dompet dan handphoneku. 

"dah, siap cepat p amek dan makan nasi daging kambing. nanti xsempat nak naik bas" ajak Mak Cik Hasmah sambil melihatku melipat telekung.  "hang nama apa?" sambil manghulur Al-Quranku. Sebelum hulur, dikucupnya dulu. 

"Fatehah" jawabku ringkas, sambil mengulur tangan untuk bersalaman.

 "sedapnya nama hang. surah Al-Fatihah. maksud baik. sesuai, hang pun baik na" Mak Cik Hasmah menyambut salamku sambil memeluk dan menciumku, terasa penuh kasih sayang. Sebak saat itu. mataku dan mata mak cik Hasmah berkaca. 

"bila na kita boleh jumpa lagi. ntah panjang umur ntah tidak... dah,siap-siap cepat, nanti p makan" Mak Cik Hasmah berlalu meninggalkanku sendirian. sempat menolak pelawaan Mak Cik Hasmah untuk tidak makan. Jam menunjukkan 5 minit sebelum 8.30 malam. 

Keluar dari pintu masjid, sambil menggalas beg...


 "nah, amek ni makan dalam bas. cepat jalan, nanti terlepas bas" hulur sebuah bekas tertutup berisi nasi dan daging kambing. ku terima pemberian seorang insan yang dalam dirinya penuh rasa kasih terhadap saudaranya sambil bersalaman, berpelukan. dihadiahkan lagi ciuman kasih seorang insan terhadap saudaranya lagi. 

"nanti, kalau datang lagi sini hang jangan lupa cari mak cik. p rumah mak cik, tanya orang-orang dekat sini, rumah mak cik Hasmah, dekat simpang trafik light sana na.." Pelawa mak cik Hasmah lagi. 

"insyaallah, terima kasih banyak-banyak mak cik. jaga diri baik-baik ye mak cik" Jawabku ringkas, sambil meneruskan perjalananku bimbang ditinggal bas.
Insyaallah, insan bernama "HASMAH" xkan mudah dilupa. penuh makna.

Akhirnya selamat tiba di KL dan pulang beraya bersama kakak ke Terengganu dengan selamat. gembira bertemu keluarga tercinta untuk berhari raya. Alhamdulillah...


Peristiwa, pengalaman yang xdapat dilupakan. penuh dengan 1001 satu hikmahnya. berjalan di muka bumi ni xkan pernah bersendirian selagi kita sentiasa membawa hati yang berbekalkan keyakinan terhadap Allah. yakin, walau di mana sahaja berada, kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. walauun bukan secara terus dariNYA, tetap jelas terasa melalui kasih sayang dari makhluk-makhlukNYA... SUNGGUH... KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS...

Friday, June 1, 2012

Kuatlah duhai HATI...


Jom sama-sama hayati video ini.. Semoga kita sedar siapa kita...





         Sesungguhnya seluruh tubuh badan kita milik Allah... Malah segala apa yang di bumi, alam cakerawala, segala-galanya hak Allah... Apatah lagi setiap ujian, setiap kesedihan, setiap kegembiraan, setiap kejayaan, setiap rasa yang kita rasa sudah tentu Allah berhak atas semuanya. Hak kita hanyalah perlu yakin dengan apa yang kita hadapi. Sentiasa bersangka baik dengan apa yang Allah tentukan buat kita, kerana itulah yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui, maha Segala-galanya... Janganlah hanya kerana ujian yang sedikit itu buat kita berdukacita, buat kita sedih berpanjangan, buat kita lupa nikmat-nkimat dariNYA yang diberi dengan penuh kasih sayang kepada kita jika nak dibandingkan dengan kasih kita kepadaNYA... Allah... ampunkan dosa hambaMu yang kurang sifat syukur ini... KUATKANLAH HATI hamba-hambaMu ini dikala ujianMu terlalu tinggi tahapnya kerana kasihMu yang berpanjangan itu terhadap hambaMU ini... 



~ ALLAH SENTIASA SAYANG KITA ~  :) 

Monday, March 5, 2012

~1001 HiKMAHNYA~


~DENGAN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG~

Apakah itu 1001 HikmahNya???

Begini wahai sahabat sekalian.......


Dalam jaga kadang kita lena... bangkit la.... kerana...... :



"Kadangkala kita berDOA untuk KUAT, tetapi banyak DUGAAN... 
Diminta keCERDIKan, tetapi MASALAH pula timbul... 
Adakalanya kita minta KEBAHAGIAAN, tetapi HURU HARA jadinya..."

"Sebenarnya DUGAAN menjadikan MENTAL kita KUAT...
 MASALAH itu lah yang membuatkan kita berFIKIR...
HURU HARA pula menjadikan kita TABAH... 
HEBAT tak ALLAH???... 
Semuanya punya HIKMAH..."


Kalaulah manusia menghayati hadis ni : 

Telah berkata Jibrail; " Wahai Tuhan, Engkau sampaikanlah hajat hambaMu..."
Maka Allah menjawab; "Biarkan hambaKu itu, kerana Aku mencintai suaranya..."
-RIWAYAT ANAS BIN MALIK-


Betapa hidup ini penuh dengan HikmahNya... ujian dariNya juga merupakan nikmat, yang terkandung disebaliknya Hikmah... Betapa banyaknya nikmat yg dikurniakanNya untuk kita, tapi sejauh mana kesyukuran kita kepadaNya... SUBHANALLAH, ALLAHU AKBAR!!! ujian itu satu nikmat, ujian itu satu HIKMAH...


"Maka yang mana satu di antara

 nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang

 kamu hendak dustakan?"

(SURAH AR-RAHMAN)



Wednesday, February 8, 2012

YA RASULULLAH....

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

Ya Rasulullah

Engkau ingin berjumpa dengan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau rindukan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau dambakan mereka,

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Duhai Rasulullah

Engkau ingin bertemu dengan mereka yang tidak pernah engkau jumpai

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Mereka yang bibirnya selalu bergetar mengucap selawat bagimu

Kamikah itu, Ya Rasulullah?

Engkau ingin datang memeluk mereka bagi memuaskan kerinduanmu

Kamikah yang engkau rindukan itu, Ya Rasulullah?

Engkau akan datang kepada mereka yang mengunjungimu dengan selawat

Dengarlah selawat kami bagimu, Ya Rasulullah

Allahumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad

Maka hadirlah engkau dalam jiwa kami,

dalam mimpi-mimpi kami

Masih kami ingat sabdamu,

"barangsiapa datang kepadaku, aku akan meemberinya syafaat di Hari Kiamat"

Labbaika Ya Rasulullah, kami datang

Maka, wahai yang mulia di sisi Allah,

Berikanlah syafaat kepada kami di sisi Allah

(PETIKAN DARI BUKU USWATUN HASANAH-HADDAD ALWI)

~Ummati, ummati, ummati = syukran Ya Rasulullah~

Jom hayati video ni... 












Ya Rasulullah.... Benar-benar rindukah kita pada baginda??? atau hanya pemanis bicara tetapi ibarat menelan ubat di hati...? Astaghfirullah... YA ALLAh,Bantulah hambamu ini untuk terus kasih kepada kekasihMU... Aku rindu padamu Ya Rasulullah...Peliharalah hati kami ini ya Allah untuk terus taat pada segala perintahMU dan ikuti segala sunnah kekasihMu... ALLAHUAKBAR!!!






NIKMAT UMAT NABI MUHAMMAD SAW


Assalamualaikum wbt... sungguh lama blog ni tak terupdate... rasanya ni la post pertama selepas masuk tahun baru... harapnya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru 2012...paling special sekali kita baru beberapa hari telah menyambut hari kelahiran junjungan besar kita, kekasih Allah yang paling mulia Nabi Muhammad SAW... subhanallah... syukur masih diberi nafas dan kesempatan untuk merasa nikmat iman & Islam. dan sepatutnya kita x harus lupa ialah nikmat sebagai umat Nabi Muhammad SAW... betapa beruntungnya kita menjadi umat Muhammad... kenapa ye???

Ingin ku kongsikan, dipetik dari sebuah buku:


USWATUN HASANAH - HADDAD ALWI

Wahab bin Munabbih mengisahkan ketika Nabi Musa membaca kandungan ayat-ayat Taurat, terlihat olehnya kelebihan umat Nabi Muhammad SAW.

         Beliau berkata, "Ya Tuhanku, siapakah gerangan umat yang dirahmati seperti yang kudapati dalam ayat-ayat ini?"

          Maka Allah menjelaskan, "Mereka itulah umat Muhammad SAW. Mereka rela dengan sedikit rezeki yang Aku berikan, maka Aku pun rela dengan amalan yang sedikit daripada mereka. Akan Aku masukkan mereka ke dalam syurga dengan kesaksian la ilaha illallah!"

           Nabi Musa kembali mengadu kepada Allah, "Aku dapati dalam ayat-ayat ini, satu umat yang akan dibangkitkan pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bercahaya laksana bulan purnama. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

           Lalu Allah SWT menegaskan, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW. Aku bangkitkan mereka itu pada Hari Kiamat dengan wajah-wajah yang bersinar dan bercahaya disebabkan dari bekas-bekas wuduk dan sujud mereka."

           Lalu Nabi Musa kembali berkata, "Aku dapati dalam ayat ini satu umat yang mengerjakan solat lima kali sehari semalam, puasa di Bulan Ramadhan kerana Mu, menunaikan haji ke Baitul Haram kerana Mu, menyerukan perbuatan yang makruf dan mencegah 
perbuatan mungkar, menyimpan kitab suci di dada mereka, sehingga terbukalah 
pintu-pintu langit dan turunlah rahmat bagi mereka. Jadikanlah mereka itu umatku, ya Allah!"

            Allah SWT lalu berkata, "Mereka itu adalah umat Muhammad SAW"

Tidak hanya itu, Nabi Musa kembali berkata, "Ya Allah, Engkau sudah anugerahkan segala kebaikan kepada Ahmad Muhammad ) beserta umatnya, maka jadikanlah aku sebagai umat Muhammad SAW!"

Maka Allah SWT menjelaskan dalam surah Al-Araf;144

***

Begitu lah kisahnya betapa kita perlu, mesti, wajib BERSYUKUR menjadi umat Nabi Muhammad SAW... betapa beruntungnya kita sebagai umat Muhammad SAW sehingga Nabi Musa ingin menjadi umat Nabi Muhammad SAW, sedangkan Nabi Musa sudah pun dijamin masuk syurga dan banyak lagi kelebihan Nabi Musa berbanding kita yang hanya insan biasa tapi bezanya kita adalah umat Nabi Muhammad SAW...
Subhanallah... segalanya penuh HIKMAH...

***




      Suatu hari, ketika duduk bersama para sahabat, tiba-tiba Rasulullah berkata sambil memegang janggutnya, "Alangkah rindunya aku mahu berjumpa dengan saudara-saudaraku."

     Para sahabat bertanya, "Bukankah kami ini saudara-saudaramu, Ya Rasulullah?"

     "kalian sahabat-sahabatku, dan aku mencintai kalian. Tetapi aku merindukan saudara-saudaraku."

     "Siapa mereka, Ya Rasulullah?"

     Air mata Rasulullah menitis membasahi janggutnya dan baginda berkata, "Saudara-saudaraku adalah orang-orang yang tidak hidup sezaman denganku, mereka yang tidak pernah berjumpa denganku, tapi mereka mencintaiku, membenarkan kata-kataku dan beriman kepadaku. Aku rindu kepada mereka, aku mencintai mereka"
***

Betapa rindunya baginda terhadap kita... bagaimana rindu kita??? gosok dada, istighfar, tanyalah iman kita... Bila difikirkan balik, betapa beruntungnya kita jika dilahirkan pada zaman baginda, dapat bertemu baginda... tapi, segalanya penuh HIKMAH walau kita dilahirkan pada zaman ini, kerana cinta baginda tetap ada untuk kita... Subhanallah.. Allahuakbar!!!


~SALAM MAULIDUR RASUL 1433 H~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...