Sunday, October 28, 2012

KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS

BIMILLAH WAL HAMDULILLAH...

Sebelum memori terpadam terus dari ingatan, sebelum kenangan yang paling bermakna dilupakan, sebelum pengalaman yang mengajar erti hidup lenyap, biarlah ada sedikit penghargaan tanda kesyukuran atas setiap nikmatNYA... alhamdulillah...



BERMULANYA di sini....

"terima kasih Pak Long" ucapku mengakhiri pertemuan atas pertolongan seorang insan yg punyai rasa kasih terhadap insan lain...


Dari mula perjalanan hingga tiba ke Jeti Pulau Langkawi, tak henti-henti Pak Long bercerita tentang dirinya, tentang Langkawi... tanpa segan membahasakan dirinya Pak Long yang dalam pada masa yang sama menganggapku seperti anaknya... barangkali fitrah kerinduan seorang ayah terhadap anaknya yang telah lama terpisah, tambahan lagi tinggal 2 hari menjelangnya Raya Aidilfitri... Setibanya di jeti, sempat lagi Pak Long tolong memakaikanku dengan beg galas yang berat tu. Sebak.... teringatkan kasih seorang ayah... Rasa seorang ayah yang merindui anaknya, rasa seorang anak yang sedang merindui ayahnya. Hebat percaturan Allah... kasih sayang Allah dilimpahkan dengan hanya merasa sudah cukup bagiku andai realiti tidak mampu dilalui... :)

Menunggu masa ketibaan feri pukul 5 petang bukanlah sesuatu yang mudah. Jam baru menunjukkan pukul 3 petang tiba di jeti. tambahan lagi, berseorangan... Mengantuk. Penat. Takut. Semuanya ada. Namun, tetap kugagahi dengan hanya berbekalkan keyakinan kepada Allah, yakin dengan kasih sayang Allah...

"May I follow u? because there was a dog. Im phobia with dog" terangku dalam "Oh My English" memang lintang pukang kepada sepasang couple Mat Salleh. 


Walau ape pun, janji selamat... Kasih sayang Allah tu kan luas... diberi pada makhlukNya jugak. walaupun  berlainan agama, bangsa, couple Mat Salleh tu dengan ramah menolongku. Bukan main jaga lagi setiap langkahku mengikut mereka supaya anjing tak kejar.. maklum la terlebih "Hormon Adrinalin"... Aduh, masalah betul... 

Begitulah setelah selamat menaiki feri ke jeti Kuala Perlis dari Pulau Langkawi selama hampir 1 jam. Kemudian tercari-cari pulak stesen bas Kuala Perlis. Maklum la kali pertama dan sorang-sorang kat tempat asing. Saje cari awal-awal padahal baru pukul 6.30 petang. Tiket ke KL sebenarnya pukul 9 malam....

"eh, dah dekat berbuka puasa ni...makanan xbeli lagi....nak makan ape ye?" ngomelku sendirian sambil berjalan mengheret beg yang berat.Termengah-mengah... Tiba-tiba nampak tulisan K.F.C... "hehehe..beli KFC" terasa hilang penat seketika. 

Selesai membeli... "nak berbuka kat mane plak ni? Segan plak nak makan sorang-sorang dalam KFC ni...hmm...haa...pegi masjid je la, boleh sembahyang maghrib dan isya' terus" bisikku dalam hati sambil teruskan perjalanan menuju ke MASJID AL-HUSSAIN. Dari jauh jelas kelihatan gahnya sebuah masjid yang cantik terbina di tepi laut. Terasa sejuk hati melihat rumah Allah yang begitu cantik dan menenangkan.



Jam menunjukkan 15 minit lagi waktu berbuka puasa... Menjadi rutin harian sepanjang bulan Ramadhan masjid tersebut akan mengadakan "iftar jam'ie" untuk sesiapa sahaja yang datang ke masjid tersebut. Begitulah tanda kasih sayang Allah terhadap hambaNya, dikurnia rasa berkasih sayang sesama insan... tindakan hambaNya, mengeratkan ukhwah melalui majlis berbuka puasa secara beramai-ramai di masjid. 


Masih sempat mengambil gambar matahari terbenam di tepi masjid tersebut sementara menunggu waktu berbuka. Seperti seorang kanak-kanak yang ditinggalkan keluarga, bermain-main, menunggu dengan penuh sabar bersendirian di tepi masjid yang indah itu. Jiwaku..... tenang di situ sambil menikmati keindahan ciptaan Allah... Laut, makhluk-makhluk di sekelilingnya, awan biru... Subhanallah...Surah AR-RAHMAN... "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" 


     

di Masjid tersebut....

"Nak, mari lah berbuka puasa sama-sama" tegur seorang mak cik sambil melambai-lambai tangan mengajakku turut serta bersamanya... tersenyum... "rezeki, alhamdulillah.." bisik hatiku sambil membuntuti mak cik tersebut... :) Duduk bersama, bersama keluarganya yang lain, sambil tersipu-sipu malu.


"makanlah nak..Makan banyak-banyak sikit... Pi amek bubuk cacaq sane" tegur mak cik. 

"eh, xpe mak cik.. ni dah cukup" sambil tersenyum.

"pi hang amek bubuk cacak kat kakak ni" arah mak cik kepada cucunya. 
"anak ni dari mana nak ke mana? sekolah mana?" mak cik memulakan sesi perbualan. 

"saya dari Langkawi, nak balik KL. Baru habis praktikal kat Langkawi. Belajar kat Universiti Malaysia Terengganu" Jelasku.

 "ooh, asal KL?  Jauhnya belajaq kat Kuala Terengganu... Praktikal kat mana kat Langkawi?" Soal mak cik macam polis ingin tahu.

 "x, saya asal Terengganu, balik KL rumah kakak. Tiket ke Kula Terengganu habis. Jadi, balik rumah kakak dulu, pastu baru balik kampung dengan kakak sama-sama. Praktikal kat Maritim, bahagian kewangan" Terangku panjang lebar. 

"Bagus la na, ada kakak kat mana-mana. senang... haa, mai la datang rumah mak cik. rumah mak cik dekat ja. nu, ha... Kat simpang trafik light sana. Tanya orang-orang kat sana mesti tau.. sebut rumah Mak Cik Hasmah.Dah lama mak cik tinggai sini, sume orang kenai. Tiket bas pukul bapa? boleh la mai singgah rumak mak cik jap na?bukan senang orang jauh datang sini" sungguh rancak mak cik Hasmah bercerita. 

"tiket bas pukul 9 malam. rasanya dak gerak ke stesen bas pukul 8.30 malam. xsempat kot mak cik. Insyaallah, lain kali ye mak cik" tolakku dengan baik.

 "Haah... tak sempat la na, nak solat isya' lagi... haa.. jap lagi lepas solat maghrib hang jangan lupa makan nasi daging kambing. sedap... Nak jalan jauh, makan nasi sikit. Dah, jom solat maghrib, barang-barang simpan leklok, kat masjid ni pun ade je orang nak mencuri " Pelawa dan nasihat mak cik Hasmah. 

Sambil berjalan menuju ke bilk wudhu', mak cik Hasmah mendahului. terserempak mak cik Hasmah di luar bilik wudhu'.


"mak cik, boleh tolong pegangkan Al-Quran saya? saya nak ke tandas sekejap" pintaku.

 "haa, boleh, p cepat masuk tandas. lambat, dah nk solat maghrib dah ni, mak cik tunggu dalam na?" Mak cik Hasmah menyambut Al-Quranku sambil mencium kitab suci tersebut.

Selesai solat maghrib dan jama' takdim Isya'. Mak Cik Hasmah setia menunggu di sebelahku.


"eh, beg duit dan handpon hang letak mana?" soal Mak Cik Hasmah panik. 

"hahh??? hehe, terlupe.. letak belakang" jawabku tenang sembunyikan perasaan panik. padahal dalam hati ada ribut taufan bila teringatkan dompet dan handphoneku. 

"dah, siap cepat p amek dan makan nasi daging kambing. nanti xsempat nak naik bas" ajak Mak Cik Hasmah sambil melihatku melipat telekung.  "hang nama apa?" sambil manghulur Al-Quranku. Sebelum hulur, dikucupnya dulu. 

"Fatehah" jawabku ringkas, sambil mengulur tangan untuk bersalaman.

 "sedapnya nama hang. surah Al-Fatihah. maksud baik. sesuai, hang pun baik na" Mak Cik Hasmah menyambut salamku sambil memeluk dan menciumku, terasa penuh kasih sayang. Sebak saat itu. mataku dan mata mak cik Hasmah berkaca. 

"bila na kita boleh jumpa lagi. ntah panjang umur ntah tidak... dah,siap-siap cepat, nanti p makan" Mak Cik Hasmah berlalu meninggalkanku sendirian. sempat menolak pelawaan Mak Cik Hasmah untuk tidak makan. Jam menunjukkan 5 minit sebelum 8.30 malam. 

Keluar dari pintu masjid, sambil menggalas beg...


 "nah, amek ni makan dalam bas. cepat jalan, nanti terlepas bas" hulur sebuah bekas tertutup berisi nasi dan daging kambing. ku terima pemberian seorang insan yang dalam dirinya penuh rasa kasih terhadap saudaranya sambil bersalaman, berpelukan. dihadiahkan lagi ciuman kasih seorang insan terhadap saudaranya lagi. 

"nanti, kalau datang lagi sini hang jangan lupa cari mak cik. p rumah mak cik, tanya orang-orang dekat sini, rumah mak cik Hasmah, dekat simpang trafik light sana na.." Pelawa mak cik Hasmah lagi. 

"insyaallah, terima kasih banyak-banyak mak cik. jaga diri baik-baik ye mak cik" Jawabku ringkas, sambil meneruskan perjalananku bimbang ditinggal bas.
Insyaallah, insan bernama "HASMAH" xkan mudah dilupa. penuh makna.

Akhirnya selamat tiba di KL dan pulang beraya bersama kakak ke Terengganu dengan selamat. gembira bertemu keluarga tercinta untuk berhari raya. Alhamdulillah...


Peristiwa, pengalaman yang xdapat dilupakan. penuh dengan 1001 satu hikmahnya. berjalan di muka bumi ni xkan pernah bersendirian selagi kita sentiasa membawa hati yang berbekalkan keyakinan terhadap Allah. yakin, walau di mana sahaja berada, kasih sayang Allah sentiasa ada untuk kita. walauun bukan secara terus dariNYA, tetap jelas terasa melalui kasih sayang dari makhluk-makhlukNYA... SUNGGUH... KASIH SAYANG ALLAH MAHA LUAS...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...