Monday, November 4, 2013

~HARI JUBAHKU~

Bismillah walhamdulillah...
Tanggal 19 Oktober 2013,
tercatatlah sejarah diri ini menjadi salah seorang graduan Universiti Malaysia Terengganu..
Selama 3 tahun menuntut ilmu di sana segala jerit perih seorang pelajar terbalas, dan dibalas dengan segulung ijazah.
Walaupun hanya majlis penghargaan untuk pelajar yang berjaya menamatkan ijazah, namun besar nilainya bagi diri ini dan pelajar-pelajar lain.
Namun hakikat sebenar yang diri ini harapkan ialah keberkatan ilmu tersebut dan ketinggian ilmu di sisi Tuhanku di akhirat kelak...
~SUBHANALLAH~


Dalam Sultan Mizan, UMT (sementara tunggu VVIP masuk)


Bersama Ummi tercinta dan kak Ju


Ummi & Abg Mi


Adik-adik usrah yang sentiasa di ingatan


Kawan-kawan SMS (Matematik Kewangan)


Sahabat-sahabat ketika susah senang




Sahabat-sahabatku


Kawan dari darjah 1

***

Di sebalik hari bahagia ini sudah pasti ada ujiannya. Namun disebalik ujian ini, pasti "ADA HIKMAHNYA".
ceritanya bermula...

Aku dan kawan pergi ke hari konvokesyen dari rumah sewa. Manakala keluarga masing-masing pergi dari "homestay" masing-masing. Seperti yang ditetapkan, pelajar yang akan mengambil skroll pada hari tersebut harus datang 1 jam lebih awal, manakala keluarga setengah jam lebih awal. Setibanya di sekitar dewan, semua pelajar harus beratur mengikut program masing-masing. Masing-masing ceria dan tidak sabar masuk dewan. Berlainan aku dan kawan. Cemas dan berdebar kerana keluarga masing-asing belum sampai. Macam mana mereka nak masuk dewan, sedangkan kad jemputan ibu bapa masing-masing ada pada kami, sedangkan tempat duduk di dewan nanti terpisah jauh antara ibu bapa dan pelajar-pelajar yang akan menerima skroll. 

Hanya tinggal beberapa minit sebelum masuk dewan, tetapi keluarga kami masih belum tiba. Kawanku dah mula panik dan air matanya mula mengalir. Sedangkan aku ketika itu turut merasai kekecewaan dan kesedihannya kerana keluarga masing-masing belum tiba. Bezanya, ku kuatkan hati supaya tidak turut sama mengalirkan air mata sebab fikirku ketika itu, fungsi seorang sahabat menenangkan sahabatnya. 

Tiba masa semua pelajar masuk ke dewan...
Sambil berjalan menuju masuk ke dewan, semakin kuat debaranku seiring kuatnya esakan kawanku. Sehingga di pertengahan jalan, di sapa oleh "pak guard" hairan melihat kawanku yang berderai air matanya, sedangkan jika difikirkan tiada apa yang menyedihkan untuk melangkah ke dewan besar untuk menerima segulung ijazah. Langkah kami perlahan menyapa "pak guard". "kalau pak cik nampak ayah saya cari kad jemputan ni, tolong tunjukkan kad ni ye, saya tinggalkan di belakang pasu di hadapan pintu ni"; pesan kawanku dalam esakan. Sedangkan aku dalam dilema samada mahu mengikut cara kawanku atau biarkan sahaja hari bersejarahku berlalu tanpa ditonton oleh ummiku.Dilema.

Ku teruskan langkahku dan membuat pilihan untuk tidak meninggalkan apa-apa pesanan kerana barisan telah terganggu kerana kes kawanku sekejap tadi. Sekali sekala rasa kesal kerana tidak meninggalkan pesanan seperti kawanku. Namu hanya satu ketika itu yang bermain di fikiranku untuk menguatkan hatiku...

"Biarlah tiada siapa di sisiku untuk melihatku naik di pentas ini, janji Allah sentiasa ada di sisiku. Cukuplah Allah! Pasti ada hikmahnya. Ya! Allah dah ada rancangan terbaik untukku! Sabar, Fatehah! Yakin!"

Alhamdulillah, lega terasa. tiba-tiba dari jauh kulihat 2 orang insan yang dikenali masuk dari pintu kanan dewan. rupanya ummiku dan kak Ju. Subhanallah, walhamdulillah, syukur kupanjatkan buat Tuhanku. 

Usai majlis, seperti biasa, sesi bergambar di luar dewan, bersama-sama ummi, kak Ju dan Abang Mi. Rupa-rupanya, baru ku tahu yang masuk ke dewan ialah 3 orang tanpa kad. Ummi, Kak Ju dan Abang Mi. Terserlah di situ bahawa inilah hikmahnya dan perancangan Allah lah yang terhebat walau sehebat mana pun perancangan manusia. Hanya Allah la sebaik-baik tempat mengharap... Allahuakbar...

***


Dan Ia (Allah) tetap bersama-sama kamu  di mana sahaja kamu berada
( Ayat 4 : Surah al-Hadiid)


Tuesday, October 22, 2013

Ustazah, 0oh.. Ustazah...

Bismillah, walhamdulillah...
Sungguh tenang di pagi 18 Zulhijjah 1434H ini.
Penuh habuk dan sawang2 blog ini, lama tidak men"update" di sini.
Hasrat di hati ingin menulis dan ada2 saja idea yang mencurah2, tetapi masa yg tidak mengizinkan.
Mana tidaknya, kali terakhir update di sini sedang berada di sem akhir pengajian di UMT, sibuk dengan Final Year Projek.
Habis final exam pulak, prepare raya, cari kerja... Pendek kata ada sahaja alasannya. Hakikat sebenar "hendak seribu daya, mahu seribu cara, tak hendak seribu dalih"
Alhamdulillah, dah konvo pn, nantikan cerita konvo nanti...

***


kata-kata keramat tersebut merupakan titik tolak perubahan untuk diriku.
Jika diamati beberapa bulan yang lepas telah di post sebagai inspirasi diri di ruangan "isi hati"
Memang benar, kata-kata adalah doa...
Ya, sekarang diriku memang benar-benar ustazah.
ustazah di sebuah sekolah swasta di Kota Damansara.
AL-MUQODASSAH
Genap tiga minggu b'khidmat sebagai seorang ustazah di sana.
Ternyata keberkatan mengajar ilmu Al-Quran kepada insan-insan yang gigih menuntut ilmu.
Dari seusia 4 Tahun hingga ke nenek, datin-datin,malah doktor2 pun turut berusaha memperbaiki bacaan mereka. Berkatnya ilmu Al-Quran memberiku kesempatan untuk turut sama perbaiki bacaanku dan tajwidku. Tidak cukup dengan itu, dua kali seminggu di bawa oleh ustazah-ustazah sana untuk belajar QIRAAT lain selain qiraat resam Uthmani.
ALHAMDULILLAH
Namun. disebalik rasa ketenangan yg tenggelam bersama2 ilmu Allah itu, pasti ada sahaja ujiannya. 
Janji Allah itu kan pasti.
Hati ini kadang-kadang berbolak balik dek kata-kata manusia.
Ada sahaja suara yg sibuk mengata;

 "belajar tinggi-tinggi takkan nak mengajar Al-Quran macam tu je??"
"xpe, keje sementara je kan?sebulan, dua pun ok,cari pengalaman"
"cari keje lain la lepas ni, cari gaji tinggi sikit"

Hakikat sebenar, sungguh sayang kerja ini.
Walaupun kerja ini tidak sepopular akauntan, bank, kerja kerajaan, cikgu, namun bagiku pasti mulia di sisi Allah, kerana ini adalah ilmu Allah.
Membaca walau satu huruf Al-Quran jelas diberi 10x ganda pahala, apatah lagi mengajarkan satu huruf Al-Quran. Allahuakbar!!
Setakat hari ini masih cuba bertahan di sini, walau telah banyak resume, telah dihantar untuk dapatkan kerja yang selayak dengan ilmuku.
Hanya mampu merancang, semoga Allah berkatiku.
Ingin terus di sini untuk mencari sebanyak boleh ilmu di sini dalam masa setahun dan mengharapkan kerja "kerajaan" supaya banyak perkara lain yang boleh dilakukan.
"gerak kerjaku"
Harapanku, semoga Allah tunjukkanku jalan terbaik.
Andai inilah kerja yang terbaik untukku, yang berterusan mendekatkanku denganMu,Ya Allah, kekalkanlah.
Jika sebaliknya, ada yang lebih baik untukku datangkan lah ia kepadaku....
Hanya Engkau yang lebih mengetahui...

***

p/s :
"Walaupun dah jadi ustazah, tapi akhlak belum lagi benar-benar ustazah. Masih banyak perlu dibaiki"
Wallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...