Wednesday, October 26, 2011

IMPIANKU IDAMAN SEMUA???

Dengan nama ALLAH yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....
Kali ni kupas pula tajuk IMPIAN... Kongsi2 impian pula ye...
Apakah yang terlintas di minda apabila terpandang / terdengar perkataan IMPIAN??? Begitulah fitrah manusia yang punyai sebuah IMPIAN dan inginkan  IMPIAN, ANGAN2, KEHENDAK dan lain2 perkataan yang sesuai menjadi kenyataan bukan? Sehinggakan setiap impian itu akan disusuli dengn doa yg dipohon oleh seorang hamba kepada Tuhannya supaya dimakbulkan... Benarlah kehidupan manusia ni penuh dengan IMPIAN... IMPIAN BESAR... Ape IMPIAN yg ingin dikongsi di sini ye? adakah sama dengan sahabat2 semua? Betul ke tajuk ni...? Jom hayati... :)



Firman Allah yang bermaksud : "Dan apabila hamba2-ku bertanya kepadamu tentang-ku,sesungguhnya Aku dekat,Aku menyahut doa orang yg berdoa,tatkala dia berdoa kepada-ku,jesteru sahutlah seruan-ku"
( Surah Al-Baqarah ayat 186 )


Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam:
Maksudnya:
“Tiada seorang yang memohon kepada Allah dengan satu doa melainkan dimakbulkan untuknya, sama ada disegerakan permohonannya itu di dunia, dan sama ada disimpan permohonannya itu di akhirat, dan sama ada diampunkan dia dari dosa-dosanya dengan kadar yang dipohonkan, selagi dia tidak memohon perkara dosa atau memutus silaturrahim atau tergesa-gesa (untuk dimakbulkan doanya).” Mereka berkata: Wahai Rasulullah! Bagaimana tergesa-gesa itu? Baginda bersabda: “Dia berkata: Aku berdoa kepada Tuhanku namun Dia tidak memakbulkan untukku.”
                               (Hadits riwayat at-Tirmidzi)


Daripada an-Nu‘man bin Basyir beliau berkata:
Maksudnya:
“Aku mendengar Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Doa itu ibadat.” Kemudian Baginda membaca (ayat al-Qur’an, surah Ghafir: 60 yang tafsirnya): “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Hadits riwayat at-Tirmidzi) 





Inilah IMPIANku... Sebuah impian yang mungkin pernah terlintas di fikiran sahabat2... Bayangkan jika sahabat2 telah pun berada di sini, bagaikan tidak percaya bukan? Hanya insan terpilih sahaja yang layak menjejakkan kaki ke sini tidak kira walau keadaan apa sekalipun mereka di sini... Tentunya mereka insan terpilih yang diberi peluang oleh Allah... Bersyukurlah bagi yang telah merasai suasana ini. Indahkan IMPIAN ni...???  Sentiasa mengharapkan IMPIAN ini suatu hari nanti dimakbulkan untuk menziarahi rumah Allah yang hebat ini bersama UMMI ku yang tersayang kerana bagiku di sinilah bermulanya ketenangan dan terasa lebih dekat dengan Tuhanku dan Rasulku... Sudah pastinya, teringin benar menjejakkan kaki di sini untuk memohon lebih banyak IMPIANku yang lain2 supaya setiap perjalanan hidupku penuh dengan barakah dariNYA, kerana di tempat mulia inilah setiap doa akan termakbul...INSYAALLAH...bukan maksudku doa di tempat lainnya tidak makbul, tapi bila berada di tempat mulia,penuh barakah, sudah pastinya termakbul setiap doa itu... Saat melihat suasana ini yang  hanya di bayangan kaca TV, tertanya2 kepada diriku adakah sempat untuk ku merasa SYURGA DUNIA ini??? melonjak2 hatiku untuk ke sana saat itu dengan hanya satu kerdipan mata..tapi mustahil itu akan berlaku... Hanya IMPIAN yang diiringi doa sahaja adalah kemampuanku saat ini... Subhanallah, syukur, Alhamdulillah dikurniakan rasa sebegini... Semoga IMPIANku, IMPIANmu dan IMPIAN kita semua dimakbulkan oleh Allah suatu masa nanti Insyaallah...Jangan putus harap untuk sentiasa memohon dan terus memohon, berdoa dan terus berdoa sesungguhnya Allah amat kasih kepada hambanya yang sentiasa meminta hanya kepadaNYa dan dingatkan kepada sahabat2 jangan sesekali kita bersangka buruk kepadaNYA... Saya yakin dan pasti akan tiba saat ini melainkan hanya kematian itu sahaja yang menjadikan IMPIANku di dunia ini terhenti... "Janji Allah itu pasti.." Begitulah jika dihayati Manisnya Iman, Indahnya Islam, Lillah Taala..

Wednesday, October 19, 2011

KENAPE SYOKNYA BERBISNESS???

 "Betul ke bisness a.k.a perniagaan ni best? syok? sebab ape ye??? itu lah, seribu satu makna sebab perniagaan itu salah satu sunnah Rasulullah... ye ke??? jom hayati sirah Rasulullah dalam berbisness..." :

RASULULLAH & DUNIA PERNIAGAAN


       Rasulullah SAW sendiri merupakan seorang ahli pernigaan yang berjaya. Baginda Rasulullah SAW pernah ditanya: “Apakah jenis mata pencarian yang paling baik?”. Maka baginda menjawab: “Hasil usaha sendiri, dan setiap perniagaan yang bersih (dari tipu daya dan khianat).

Sebelum kedatangan Islam, bangsa Arab telah pun muncul sebagai golongan pedagang yang berkemahiran dan menguasai jalan perdagangan dunia seperti Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

     Selepas kedatangan Islam, Mekah menjadi pusat ibadat yang terpenting di semenanjung Arab dan orang Arab mengambil peluang ini untuk menjalankan perdagangan ketika musim haji.

      Keamanan dan keselamatan sebagai pusat ibadat juga tekah menarik pedagang lain untuk berniaga di situ. Ini sekali gus menjadikan Mekah sebagai pusat perdagangan.
Kaum Quraisy (bangsawan) merupakan kabilah yang paling terhormat di Mekah dan maju dalam pernigaan. Rasulullah datang dari Bani Hashim kaum Quraisydan telah dipelihara oleh Abu Talib, bapa saudaranya yang merupakan saudagar Arab yang kaya. Baginda telah dibawa berniaga pada ketika berusia 12 tahun. Di usia semuda itu baginda telah menunjukkan minat yang tinggi dan sanggup menghadapi cabaran dalam pernigaan.

     Semasa berusia 20 tahun, baginda telah menjalankan perdagangan samadasecara kongsi atau menggunakan modal orang lain iaitu Siti Khadijah atau secara berseorangan. Keuntungan selalu menyebelahi baginda apabila baginda menjalankan pernigaan kerana baginda sentiasa mengamalkan sifat amanah, sabar dan jujur(al-amin).  Kelebihan baginda ini mempetemukan baginda dengan isterinya Siti Khadijah yang akhirnya merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam.

Muamalat atau perniagaan diiktiraf oleh Islam sebagai satu bidang penting dalam kehidupan manusia. Rasulullah sendiri telah menunjukkan teladan yang terbaik dalam bidang pernigaan. Baginda bersabda “90% kekayaan dunia berada dalam dunia pernigaan”.

Konsep perniagaan menurut Islam:
  •        Fitrah manusia mencari harta
  •        Perniagaan adalah aktiviti mulia di sisi islam-ibadat
  •        Dapat membantu individu, masyarakat dan Negara
  •        Islam menyokong berjual beli. 

Rasulullah SAW bersabda,”Peniaga yang jujur dan beramanah akan ditempatkan bersama-sama para Nabi, siddiqin dan para syuhada.”                                                                (HR TIRMIZI)

“Wahai orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu”                                  
                                                                                (An-Nisa’;29)

“Tidak ada dosa bagi kamu untuk mencari kurnia (rezeki hasil perniagaan) dari Tuhanmu” 
                                                             (Al-Baqarah;19)
          
      [dipetik daripada buku TEORI DAN AMALAN PERNIAGAAN ISLAM]




Islam itu bersifat syumul...Syumul itu termasuklah dalam kategori ekonomi... perniagaan itu sebahagian dari ekonomi... Waa, bagusnya... SYOK! Sedang dalam proses berjinak-jinak dalam dunia perniagaan...tak kira perniagaan ape pun, kecil-kecilan pun cukup la walaupun jual goreng pisang, pun dah kira ok...Tapi kalau ade peluang perniagaan yang lebih baik, tak salah kalau mencubanya...yang penting sekali niat  ikut sunnah baginda, pasti terasa HEBAT...segalanya punya seribu satu makna... subhanallah... permudahkan urusanku dalam laksana sesuatu demi menggapai manisnya iman untuk rasa indahnya Islam, lillah Taala... 

Tuesday, September 27, 2011

BENARLAH MATI ITU SEBAIK2 PERINGATAN...



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sudah lama menyepi tanpa ada kabar berita... Hanya ada 3 kemungkinan yang pasti... Pertama mungkin tiada masa utk berkongsi. Kedua mungkin tiada idea juga utk berkongsi. Ketiga, mungkin malas utk berkongsi... Itulah manusia banyak betul alasannya... 
Baiklah... Berbalik kepada tajuk "BENARLAH MATI ITU SEBAIK2 PERINGATAN"... Mengapa tajuk ini??? Sudah pasti ada kisahnya utk dikongsi... 
Hari ni genap 30 Syawal... rasanya masih belum terlambat utk berkongsi cerita yang berlaku sepanjang bulan Ramadhan...Ye la, nak bercerita masa tu bz buat kueh raye, kemas rumah, shopping raye dan sebagainya.. 
Bermulalah kisahnya....


Ramadhan minggu pertama hari Khamis....
On the way ke K. Terengganu utk menghadiri satu meeting di Jerteh pada malam tersebut... Tiba di K.Terengganu, pada petangnya, menerima satu mesej meeting dibatalkan atas sebab ayah kepada leader meeting kami telah kembali ke Rahmatullah... Perjalanan ke Jerteh untuk menghadiri meeting bertukar untuk menziarahi jenazah dan ahli keluarga...Sempat bersama2 sedekahkan yasin kepada arwah dan melihat jenazah secara tak sengaja sebab tak berani sebenarnya... Saat itu terdetik andai aku di tempat itu??? subhanallah, mulianya pergi di bulan Ramadhan... bagaimanakah pengakhiranku akan datang? seronoknya pengakhiran arwah dalam keadaan baik... bagaimana aku??? mula risau dan teringat segala amalan dan perbuatan selama ni adakah cukup bersedia untuk pergi saat ini jugak? Takutnya...............!!! Adakah sudah merasa manisnya Iman?adakah sudah cukup menghayati indahnya Islam? adakah sudah pasti segala sesuatu disandarkan hanya kepada Allah? Astaghfirullah, insaf sebentar...


Ramadhan minggu kedua hari Khamis...
"Pagi tersebut lebih kurang jam 1 pagi... kebiasaannya, mula online jenguk FB sambil menunggu bermulanya solat terawih Mekah...Maklum la, nk merasa di alam realiti belum tiba masanya... tengok kat TV pun jadi la.. Terlihat satu profile chating yang masih aktif walaupun dah lewat... peliknye??? pelik sebab xpernah tengok orang ni berFB lewat2 macam ni.. budak baik kan.. xkan berjaga malam, esok nk sahur nak Qiam... xpe la... die xleh tido kot... ape kabo ye budak ni, mesej x berbalas bila bertanyakan tentang persiapan ke UMT, 2 minggu lepas.. malu kot nak bermesej dengan kakak yang kurang dikenali...ye la,pernah jumpe sekali je pun.. tengok notification Fb ade die tag something kat wall, tp bila nk tengok xdapat plak, dah delete kot... pelik la budak ni.. nak chat, malu jugak.. xpe la, nanti lain kali la..jam hampir kul 3... xtido lagi budak ni... tengok wall die... post yang terbaru Hari terakhir bekerja hari ini... sedihnya nak tinggalkan kawan2...... selamat tnggal abang2 dan akak2....."  pelik betul budak ni... nak berhenti keje sbb x sabo nak masuk UMT kot.. nak prepare untuk sambung belajar la katakan... video lagu perpisahan kat wall die... sedih la lagu ni... jiwang jugak ye die... ish dah lewat tido la... tengah tido kul 8,smbung tido lepas sahur dan solat subuh... bahana tido lewat lagi semalam.. dengar mesej.. malas la baca mesej. bangun nanti la baca... kul 9... ade orang call plak... kak siti... ish kenape call pagi2 ni...? jawab.... "teha dapat mesej x?" "mesej ape kak siti?ada, xbaca lagi..." "mohamad afez, adik KMJ dah xde" "hah?biar betul? pagi tadi baru tengok die online... Bila tu?Kenape? excident?" "ye, excident semasa nk ke surau untuk solat subuh berjemaah" berdebarnya masa tu... terus buka laptop, buka Fb profile arwah... betul....... penuh di wall arwah ucapan takziah... Innalillah wainna ilaihi raajiuun...menangis kat depan laptop... terasa rugi sangat x tegur arwah semalam... teringat post arwah yang pernah di tag ke wall sendiri, tp xtau ape isinya... terkilan.. hanya Alfatihah mampu kusedekahkan... mulianya... sorang lagi pergi menghadap Ilahi ketika di bulan Ramadhan... perginya arwah dlm keadaan yang sungguh mulia, ketika perjalanannya untuk menunaika solat subuh berjemaah. sedang kita masih dibuai mimpi... terdetik di hati, bagaimana pengakhiranku kelak? mula hati bergolak, bercampur baur, bersulam takut.... Adakah sudah merasa manisnya Iman?adakah sudah cukup menghayati indahnya Islam? adakah sudah pasti segala sesuatu disandarkan hanya kepada Allah? Astaghfirullah, insaf sebentar...


Ramadhan minggu ketiga hari Khamis...
malam khamis tu berdebar-debar...sebelum tido, terfikir esok khamis... sape plak lepas ni yang pergi??? fobia bila hari khamis je, mesti ingat mati.. adakah aku??? tertido la dalam keadaan berdebar... 4 pagi... terima panggilan... umi yang berada di KL call... bitau, anak Cek De Wok meninggal dalam kemalangan 11 malam tadi.. 3 beranak meninggal di tempat kejadian... "pagi esok wakil mi pergi ziarah ye..?" jenazah masih lagi di hospital... mula berdebar....  Innalillah wainna ilaihi raajiuun... hari khamis, hadapi kematian orang yang dikenali kembali ke Rahmatullah lagi...kul 11 pagi, tunggu kak nor balik dari mengajar untuk sama2 ke hospital ziarah jenazah yang masih belum selesai diuruskan.. tiba pada pukul 12 lebih di hospital, kelihatan ramai sanak saudara yang masih lagi menunggu 2 jenazah yang masih belum siap diuruskan...jenazah suami dan anaknya. turut serta menunggu dan sedekahkan yaasin untuk sepupuku. setelah selesai bacaan yaasin, beranikan diri utk melihat sendiri jenazah sepupuku buat kali terakhir... mula terbayangkan jika aku di tempat itu sambil dibaluti kain putih bersih tersebut.. bagaimana la rupa ku??? takut... beberapa minit kemudian, jenazah si suami sepupuku selesai... ramai yang berasak2 utk melihat jenazah buat kali terakhir.. hanya melihat telatah sanak saudara yang begitu teruja ingin melihat jenazah buat kali terakhir... selesai melihat, masing2 berlalu dalam tangisan... tiba2... seseorang yang tidak dikenali memanggilku utk melihat jenazah buat kali terakhir sebelum ditutup wajahnya. lambat2 melangah kaki ke jenazah sambil membawa hati yang berdebar dan takut... alhamdulillah, tenang meihat jenazahnya... beberapa minit berlalu... jenazah anak mereka berusia 4 tahun selesai... sekali lagi sanak saudara berasak2 ingin melihat jenazah buat kali terakhir membuatku menjauhkan diri dari tempat jenazah utk membari ruang pada mereka... segera jenazah2 tersebut dimasukkan ke dalam van jenazah utk dikebumikan.tak sempat utk melihat jenazah baby buat kali terakhir.. pasrah... melihat Cek De Wok lemah longlai di sisi keluarganya menahan sebak kehilangan ketiga2 orang kesayangannya pergi sekali gus menghadap Ilahi...Sayu hatiku... terdetik bagaimana pengakhiran hidupku???
 Adakah sudah merasa manisnya Iman?adakah sudah cukup menghayati indahnya Islam? adakah sudah pasti segala sesuatu disandarkan hanya kepada Allah? Astaghfirullah, insaf lagi...


Ramadhan minggu keempat hari Khamis...
Lalui sepanjang khamis tersebut penuh debaran... Khuatir adakah masih lagi menerima berita kematian orang2 terdekat?? atau mungkin panggilan maut utk diri sendiri? belum bersedia.. tapi teringin utk menghadapNya ketika berada di Bulan Ramadhan.... adakah Ramadhan akan datang masih sempat ku merasa?


Alhamdulillah... sudah tida berita kematian sehingga hari kemenangan, hari raya tiba... Raya itu disambut penuh kesyukuran dan mengharapkan perubahan terbesar dalam diriku sebagai persediaan utk kembali kepadaNya... tapi masih berat hati ini utk pergi dalam keadaan sekarang yang masih belum culup amalanku... Masih lagi mengharapkan akan bertemu lagi Ramadhan akan datang.. Insyaallah... semoga setiap hari yang mendatang memberi satu penghijrahan yang lebih baik buatku dalam meghadapi hidup ini agar sentiasa bersedia dan mengingati kematian andai kematian itu sahajalah dapat mengistiqamahkan kita dalam meningkatkan amalan2 seharian dan persediaan menghadapi liku2 mencabar dalam hidup ini... wallahualam... moga semakin manis iman kita, semakin dihayati indahnya Islam, semakin berusaha untuk laksanakan sesuatu hanya kepadaNYA... Insyaallah...


"Tiap jiwa (yang bernafas) itu akan merasai mati" - (surah Ali Imran : ayat 185)

"Setiap diri (yang bernyawa) mesti merasai mati" - (surah Al-Anbiyaa' : ayat 35)

"Setiap diri (manusia) mesti merasai mati" - (surah Al-Ankabut (57)



“Apabila seorang anak Adam (MANUSIA) mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara:
1. sedekah jariah
2. ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain
3. anak yang soleh yang berdoa untuknya.”

Monday, August 1, 2011

Salam Ramadhan Dariku....

"(Masa yang diwajibkankamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..."
- SURAH AL-BAQARAH; 185-


Ramadhan yang dirindui tiba lagi.. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk jalani ramadhan kali ini... Ramadhan 1432H... moga-moga hingga ke akhir ramadhan dapat dilalui dengan jiwa yang tenang... sekali gus harapan ramadhan kali ini dapat berpeluang bertemu, merasa, melihat, dan melaksanakan ibadah pada malam yang semua umat islam harapkan.. malam ape??? malam yang lebih baik daripada 1000 bulan... Lailatul Qadar... Subahanallah... ape pun, moga ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan-ramadhan sebelumnya... jadikan ramadhan ini 1 penghijrahan untuk menjadi lebih baik dan berusaha untuk tingkatkan amalan-amalan seharian dan yang pastinya bukan hanya di bulan ramadhan, tapi biarlah berterusan hingga bertemu lagi ramadhan akan datang.. tak dapat hijrah tempat, dapat peluang hijrah bulan pun dah cukup bersyukur untuk lakukan perubahan ke arah kebaikan... sama2 doakan moga-moga kita semua istiqomah... 


"Sesiapa yang menghidupkan Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu. Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh imandan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu..."
- IMAM BUKHARI-







Wednesday, April 20, 2011

Kisah Bagi Hati yg Sentiasa Merindu Kekasih Allah...

Detik-Detik Terakhir Kewafatan Rasulullah SAW
 Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a
Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  
"Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa."  
Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  
Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."  
Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  
Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  
Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?"
Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  
Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya.
Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."  

SEMAKIN TENAT
  Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  
Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  
Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  
Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  
Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  
Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.
Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU
Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  
Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,
Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  
Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  
Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  
Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda."  
Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  
Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  
Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  
Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  
Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  
Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah."  

KETIKA SAKARATUL MAUT:  
Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  
Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  
Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  
Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  
Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  
Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  
Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  
Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  
Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  
Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku." 
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw. 
Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  
Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"  
Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  

 KESEDIHAN SAHABAT
Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  
Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?" 
Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama.
Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  
Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  
Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  
Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  
Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri. Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:   "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  
Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  
Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."  
Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  
Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.

(Dipetik dari buku 1001 Duka - Himpunan Kisah-kisah Menyayat Hati)
                                            
satu perkongsian pertama buat ingatan bersama betapa cinta dan kasihnya Rasulullah terhadap kite... kisah ini menjadi pedoman dan pemberi semangat buatku ketika menemui saat2 lost,down pressure,tensyen dan sebagainya terutama dalam perjuangan sbg khalifah bumi Allah ini. semoga shbt2 pun boleh jadikan kisah ini sebagai satu suntikan semangat ketika hati diuji. walau tak dapat sepenuhnya mengubat hati, memadailah kita sama2 mengenang jasa baginda yg begitu besar buat kita... Untuk m'jadi seteguh baginda, andai tak mampu, cukuplah menyimpan matlamat besar utk bertemu baginda di syurga nanti dengan cuba mengikut dan menghayati sunnahnya.sama2 doakan....Insyaallah..... ^_~!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...