Monday, October 20, 2014

~Hikmah itu Hadiah Allah~

ÉOó¡Î0 «!$# Ç`»uH÷q§9$# ÉOŠÏm§9$#


Alhamdulillah…  Masih diberi nafas Iman & Islam sehingga saat ini…
Rasa kekok nak berkongsi setelah hampir  10 bulan membiarkan blog ni kesunyian tanpa sebarang perkongsian.Hampir 10 bulan ini jugak la macam-macam perkembangan yang berlaku. Alhamdulillah perkembangan positif

Antaranya, dapat ramai kawan-kawan baru. Kawan-kawan dari UIA. Diberi kesempatan untuk join dan mengajurkan program-program dakwah bersama-sama ustaz & ustazah hebat-hebat. Alhamdulillah…

Sungguh, memang benar janji Allah tu pasti.
Peringkat Doa :
1)      Doa dimakbulkan
2)      Doa  ditagguhkan hingga ke hari kiamat
3)      Doa dimuliakan dengan digantikan yang lebih baik

*****

Teringat dulu masa kecik-kecik selalu doa nak masuk sekolah MRSM, lepas tu nak sambung belajar kat UIA. Masa PMR Alhamdulillah, result OK. Boleh la apply MRSM. Tapi memang dah ditetapkan rezeki bukan kat situ, walau borang dalam tangan sekali pun, tetap tak dapat nak hantar sebabnya pengetua sekolah simpan salinan sijil yang mintak nk dicopkan sampai tarikh tutup hantar borang tamat. Sedih…. Tapi terima je ketentuanNYA, yakin segalanya punya hikmah… Allah…
Ternyata tidak dinafikan lagi memang besar kasih saying Allah. Diberi 3 tawaran ke Sekolah Agama Bestari Terengganu. SMKA Sheikh Abdul Malek, SMA Sultan Zainal Abidin, SMKA Durian Guling. Antara 3 sekolah-sekolah hebat tersebut, menjadi pilihan hati ialah SMKA Sheikh Abdul Malek. Psst… Sebenarnya SHAMS pun ada jugak doa nak masuk sekolah tu, tapi sebab MRSM pilihan utama, jadi SHAMS sedikit dilupakan. Tapi sebenarnya Allah sayang hambaNya, sebab tu 
nak hantar sekolah agama jugak. Alhamdulillah…

Bermulalah epilog kehidupan sebagai seorang pelajar SHAMS pada tahun 2006. Tinggal di asrama, basuh baju sendiri dengan tangan, makan ikut masa, ada prep, baca Al-Mulk & Al-Waaqiah sebelum tidur, baca Al-Ma’thurat seperti pelajar-pelajar asrama yang lain. Bezanya, diri ni terlalu manja. Nikmat Allah yang diberi langsung dipejam kerana ikotkan hati untuk kembali ke sekolah lama SMA Al-Falah dengan pelbagai alasan. Antaranya, tinggal di asrama, mengantuk, kurang fokus dalam kelas. Bila tiada di rumah macam-macam perkara buruk terjadi kat rumah. Adoii… susah betul la orang yang banyak bagi alasan kan... 

2007, Akhirnya pulang la ke sekolah lama. SPM di situ. Result SPM pun biasa-biasa, ntah ke mana fokusnya walaupun dah tinggal kat rumah sepenuhnya. Ye, semuanya alasan. Hakikatnya Allah yang lebih mengetahui.  Perjalanan dari sekolah menengah hingga ke hari ni.


SMA Al-FALAH (2003-2015)
 
SMKA SHEIKH ABDUL MALEK (2006)

SMA AL-FALAH (2007)
 
KOLEJ MATRIKULASI JOHOR (KMJ) (2008-2010)

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (2010-2013)
 
GOMBAK (kerja) (2013-2014)


Alhamdulillah… Walaupun perjalanan yang begitu panjang namun akhirnya berjaya juga mendapatkan segulung Ijazah dalam “Financial Mathematics”. Harapnya segala ilmu yang diperolehi bermanfaat untuk diri dan Islam. Walau tak banyak, sikit pun jadi la… Cukuplah menjadi salah seekor Burung Hud-Hud yang cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim. Insyaallah...

*****

Hikmah tersembunyi, doa yang dimakbulkan, doa yang ditangguhkan dan digantikan dengan yang lebih baik. Semoga jelas di situ. Walau tak dapat masuk MRSM, dimakbulkan juga untuk masuk SHAMS walau sekejap. Doa yang diganti dengan lebih baik, rupa-rupanya sejak tinggal dekat dengan UIA ni, baru tahu ramai kawan-kawan dari SHAMS yang Berjaya masuk UIA. Major pelajar SHAMS diterima ke UIA rupanya. Tarik nafas panjang-panjang, tiada apa yang perlu disesalkan sebab perancangan Allah adalah yang terbaik. Walau tak dapat masuk UIA, tapi, akhirnya Allah anugerahkan nikmat dan juga hikmah tersembunyi dari perjalanan panjang yang sebelum ni iaitu sahabat-sahabat dari UIA dan berkesempatan untuk bergerak kerja sama-sama. ALHAMDULILLAH!!!!!

p/s: Siapa tahu…. Bakal suami juga dari UIA  kan… hehehe…. Hanya Allah yang lebih mengetahui. Hikmah tersembunyi hadiah dariNYA…

*****

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata “Kedua ayat berikut mencakup adab-adab berdoa dengan kedua jenisnya (doa ibadah dan doa permohonan);
Iaitu firman Allah Subhanahu wa Ta’ala :

ادْعُوا رَبَّكُمْ تَضَرُّعًا وَخُفْيَةً ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُعْتَدِينَ وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا وَادْعُوهُ خَوْفًا وَطَمَعًا ۚ إِنَّ رَحْمَتَ اللَّهِ قَرِيبٌ مِّنَ الْمُحْسِنِينَ

” Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik. [al-A‘raf/7:55-56] [2]





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...