Sunday, March 23, 2014

~ Duhai Ayah.......

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

“Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah.” Maka Rasulullah ditanya; “Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah?” Baginda menjawab; “Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”                                      
              [RIWAYAT MUSLIM]

Duhai Ayah…
Kisah kita berbeza. Kita terpisah kerana menjaga perasaan seorang ibu. Aku khuatir dan sentiasa berfikir, adakah betul tindakanku mengutamakan perasaan seorang ibu sehingga hak seorang bapa tidak mampu kupenuhi.

Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu, beliau berkata; “seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, ‘Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?’, Nabi SAW menjawab; “ibumu!” dan org tersebut kembali berrtanya; “kemudian, siapa lagi”, Nabi SAW menjawab; “ibumu.’ org tersebut kembali berrtanya; “kemudian, siapa lagi”, Nabi SAW menjawab; “ibumu.’ orang tersebut bertanya kembali,”kemudia siapa lagi?” Nabi SAW menjawab; “ayahmu.”
                                                                                           (H.R Bukhari no.5971 & Muslim no9.2548)

Duhai ayah...
Aku hanya seorang anak yang tidak berkemampuan. Perjalanan hidupku hanya diawasi oleh seorang ibu. Wahai ayah, walau kita terpisah di usia 19 tahun yang kira agak matang di usia itu, namun aku sentiasa keanak-anakan dimatamu. Kasih yang kau curahkan seperti menjagaku di usia kecilku. Kini aku telah berusia 24 tahun, sudah pasti usia ini cukup matang. Namun aku masih tidak berdaya untuk selalu menjengukmu, sedang aku masih dalam pengawasan seorang ibu yang terlalu kental tidak pernah jemu menjaga anakmu walaupun berusia sekarang. Selagi aku masih belum dimiliki siapa-siapa lelaki selepasmu, aku masih lemah untuk bangkit sendiri membuat keputusan membelakangi seorang ibu walau keranamu duhai ayah. Mohon infiniti kemaafan…

Duhai ayah…
Sentiasalah panjatkan doa kepada Allah agar Dia mengurniakanmu usia yang panjang untuk menambah amalanmu dan untuk menjadi saksi di hari bahagiaku kelak. Andai diizinkan oleh Allah, kembalilah kepadaku walau seketika untuk menjadi waliku diakhir usiamu, walau hakikatnya anakmu ini masih tiada jawapan siapa yang bakal memikul tanggungjawab menjagaku selepasmu….


Wahai Tuhanku...
Sampaikanlah setiap bisikan doaku kepadaMu untuk yang bergelar ayah kerana hanya kudratMu sahaja yang berhak ke atas segalanya…

Wahai Tuhanku...
Ampunkanlah dosa-dosa kedua orang tuaku samada dosa-dosa kecil atau dosa-dosa besar, dosa-dosa yan dilakukan dalam sedar mahupun dalam tidak sedar...

Wahai Tuhanku...
Sempatkanlah diri ini membalas jasa  kedua ibu bapaku yang memang tidak terbalas dan menyayangi mereka sebagaimana mereka pernah menyayangi aku sewaktu aku kecil dahulu...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...